Produk / Barangan
1. Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Sephora Perfume?
A: Sephora Perfume adalah perfume imitation grade AAA berjenama (spt Chanel, Dior, Davidoff ...).
Untuk maklumat lanjut sila rujuk link di bawah:
2. Q: Apakah yang dimaksudkan dengan Original Rejected Perfumes atau Ori Reject Perfumes?
A: Ori Reject Perfume bererti perfume original yang didapati mempunyai kecacatan dibahagian bungkusan ,
botol label dan sebagainya dimana ia tidak sesuai dijual dikaunter semasa proses Quality Control checking.
Untuk maklumat lanjut sila rujuk link di bawah:
3. Q: Adakah iEden akan bertanggungjawab sekiranya barang dipos pecah ketika sampai kepada para
pelanggan?
A: Sekiranya, barang sampai kepada para pelanggan dalam keadaan pecah, maka aduan bagi membolehkan
penggantian hendaklah dibuat serta-merta kepada pihak Pos Laju. Sila pastikan penerima menyimpan
salinan slip Pos Laju atau nombor tracking Pos Laju.
4. Q: Sekiranya perfume yang diterima dalam keadaan rosak atau kandungan tidak penuh, bolehkah ditukar?
A: Boleh. Sila hubungi kami semula dalam tempoh 48 jam dari penerimaan.
5. Q: Bolehkah sekiranya pelanggan mohon agar barangan dihantar melalui pos lain selain Pos Laju?
A: Boleh. Kaedah pengeposan / penghantaran hendaklah dimaklumkan terlebih dahulu kepada pihak iEden dan
kos pos selain Pos Laju akan dimaklumkan kemudian. Ini adalah kerana kadar pengeposan yang telah
ditetapkan adalah tertakluk kepada kadar Pos Laju sahaja.
6. Q: Kenapakah harga barangan VS dan Bath and Body Works dijual lebih mahal daripada di outlet/KLIA?
A: Harga barangan VS dan Bath and Body Works adalah dalam lingkungan RM50 - RM65. Tambahan harga RM10-RM20 adalah untuk caj pos bersekali dengan packaging. Bagi memastikan barangan yang dihantar
sampai dalam keadaan selamat, pihak kami membungkus barangan dengan menggunakan bubble wrap.
sampai dalam keadaan selamat, pihak kami membungkus barangan dengan menggunakan bubble wrap.
iEden eShop
1. Q: Bagaimanakah cara untuk membeli atau membuat tempahan?
A: Pembelian atau tempahan boleh dibuat melalui 3 cara, iaitu:
* PM di FB iEden eShop
* PM di FB Page iEden eBoutique
* Email: ieden.eshop@yahoo.com
2. Q: Bagaimanakah pembayaran dibuat?
A: Setelah pengesahan stock dibuat, pihak iEden akan memaklumkan nombor akaun kepada pelanggan sama
ada melalui PM FB, SMS atau email. Pembayaran boleh dibuat melalui 4 bank iaitu, CIMB, Maybank, RHB
dan BSN. Bagi mengelakkan 'Back Out Buyer', COD dibenarkan untuk pelanggan disekitar bandar Kuching
sahaja dan untuk barang yang 'ready stock' sahaja.
3. Q: Bilakah barang akan dipos / dihantar kepada pelanggan?
A: Barang akan dipos / dihantar kepada pelanggan setelah pengesahan pembayaran dibuat. Pengesahan yang
dibuat sebelum jam 3 petang, akan diproses pada hari yang sama manakala pengesahan selepas jam 3 ptg
akan diproses keesokan harinya.
No comments:
Post a Comment